Nama Aktiviti: Projek Penanaman Pokok Lili Paris (Spider Plant)
Tarikh: 31 Julai 2026
Penganjur: Kelab Kelestarian SJK(C) Tah Tong
Objektif
Memupuk sikap cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid.
Memberi pendedahan tentang teknik asas penanaman dan penjagaan pokok.
Menceriakan kawasan sekolah melalui aktiviti penghijauan.
Laporan Aktiviti
Pada 31 Julai 2026, Kelab Kelestarian SJK(C) Tah Tong telah menjalankan Projek Penanaman Pokok Lili Paris (Spider Plant) di kawasan sekolah. Murid-murid bergotong-royong mengasingkan anak pokok, menyediakan tanah, memasukkan tanah ke dalam polibeg dan menanam pokok dengan bimbingan guru penasihat.
Sepanjang aktiviti, murid mempelajari cara mengendalikan anak pokok dengan betul, kepentingan penyiraman serta penjagaan pokok selepas ditanam. Mereka juga bekerjasama dengan baik dalam setiap tugasan yang diberikan.
Aktiviti ini berjaya meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan. Projek ini turut membantu menceriakan persekitaran sekolah dan menyokong usaha mewujudkan sekolah yang hijau dan lestari.
Hasil Aktiviti:
Murid berjaya menanam anak pokok Lili Paris di dalam polibeg.
Murid menguasai kemahiran asas penanaman dan penjagaan pokok.
Kawasan sekolah menjadi lebih hijau, ceria dan kondusif.
Nilai kerjasama, disiplin dan tanggungjawab berjaya dipupuk dalam kalangan murid.
活动名称:种植小树计划——种植蜘蛛草(Lili Paris)
日期:2026年7月31日
主办单位:大同学校环保学会(Kelab Kelestarian Tah Tong)
活动目标
培养学生爱护环境、保护大自然的意识。
让学生学习基本的种植方法及植物护理知识。
通过绿化活动,美化校园环境,打造绿色校园。
活动报告
2026年7月31日,大同学校环保学会举办了“种植小树计划——种植蜘蛛草(Lili Paris)”活动。学生们在老师的指导下进行种植活动,包括分株、准备泥土、装入花盆及栽种植物。
活动过程中,学生学习如何正确处理植物根部、进行种植以及日后的照顾方法。同时,学生们互相合作,分工完成各项任务,体验园艺活动的乐趣。
通过此次活动,学生不仅提高了环保意识,也培养了责任感、合作精神及爱护植物的良好习惯。校园环境因植物的种植而更加绿意盎然,为创造可持续发展的校园环境贡献一份力量。
活动成果
✅ 学生成功完成蜘蛛草的种植。
✅ 学习基本的植物栽培与护理技巧。
✅ 美化校园环境,增加绿色空间。
✅ 培养学生合作、责任及爱护环境的价值观。










No comments:
Post a Comment