Tah Tong Terbilang

Tah Tong Terbilang
.

Wednesday, 5 August 2026

 Program Kitar Semula (OPR) / OPR资源回收活动

Tarikh / 日期: 3 Ogos 2026 (Isnin) / 2026年8月3日(星期一)

Penyelaras / 负责人: Cg Chia Sook Fei

Tempat / 地点: Dewan SJK(C) Tah Tong / 大同学校礼堂


Pada 3 Ogos 2026, Kelab Kelestarian SJK(C) Tah Tong telah menganjurkan Program Kitar Semula (OPR) yang disampaikan oleh Cg Chia Sook Fei. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Sepanjang program, murid diberikan penerangan tentang cara mengasingkan bahan kitar semula mengikut kategori seperti kertas dan surat khabar lama, kotak kadbod, botol plastik, botol kaca, aluminium serta besi. Murid juga didedahkan kepada kepentingan pengurusan sisa yang betul bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memaksimumkan penggunaan semula sumber.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid. Mereka menunjukkan minat yang tinggi dengan mengemukakan soalan serta berkongsi pengalaman berkaitan amalan kitar semula di rumah dan di sekolah. Diharapkan program ini dapat membentuk budaya kitar semula dalam kalangan warga sekolah dan seterusnya menyokong usaha sekolah ke arah pembangunan yang lestari.



2026年8月3日,大同学校永续发展学会举办了OPR资源回收活动,由 谢淑菲老师(Cg Chia Sook Fei) 主讲。活动旨在提高学生对3R环保理念(减少使用、重复使用、循环再造)的认识,并培养学生珍惜资源、保护环境的良好习惯。

活动中,谢老师向学生讲解资源回收的重要性,并介绍了各类可回收物品的分类方法,包括废纸与旧报纸、纸箱、塑料瓶、玻璃瓶、铝罐及铁制品等,让学生了解正确分类和回收的方法,以及资源回收对环境保护的重要意义。

学生积极参与活动,认真聆听讲解,并踊跃回答问题及分享日常生活中的环保经验。通过此次活动,学生不仅掌握了资源回收的基本知识,也进一步增强了环保意识,鼓励大家从身边小事做起,共同建设绿色、清洁、永续发展的校园。

No comments:

Post a Comment

LAWATAN GALERI INFORMASI KITAR SEMULA 大同华小环保资讯展览馆参访

  LAWATAN GALERI INFORMASI KITAR SEMULA SJK(C) TAH TONG ♻️ Lawatan Galeri Informasi Kitar Semula SJK(C) Tah Tong Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis...