Tah Tong Terbilang

Tah Tong Terbilang
.

Monday 21 November 2022

恭喜大同学校成功晋级RCE依斯干达 持续性低碳学校环保展览比赛决赛

 在柔佛州63间学校参与初选,恭喜大同学校成功晋级决赛(22间学校)RCE依斯干达 持续性低碳学校环保展览比赛。

Tahniah! Kelab Alam Sekitar Tah Tong berjaya masuk pusingan akhir dalam Pertandingan Rce Iskandar Pameran Sekolah Rendah Karbon. 

#rceiskandar



Sunday 20 November 2022

KERTAS DIKITAR SEMULA 纸张的回收

你知道吗!
除了塑料,纸也可以回收利用。让我们看看工厂是如何回收纸张的。
不是所有的纸都可以回收!纸巾、食品包装纸、油腻的盒子等纸张不能再回收利用。所以减少使用这种纸!
去3R吧!

Tahukah anda!
Selain plastik, kertas juga boleh dikitar semula. Jom ketahui kaedah bagaimana kertas dikitar semula di kilang.
Bukan semua kertas boleh dikitar semula tau! Kertas seperti tisu, kertas pembalut makanan, kotak yang berminyak sudah tidak boleh dikitar semula. Jadi kurangkan penggunaan jenis kertas seperti ini ya!
Jom 3R!


 

KITARAN SISA MAKANAN 厨余垃圾循环

KITARAN SISA MAKANAN 厨余垃圾循环

在日常生活中,我们经常会接触到“厨余垃圾”这个词。厨余垃圾指的是居民在日常生活、食品加工、饮食服务和单位供餐等活动中产生的垃圾,主要包括菜叶、果皮、蛋壳、茶叶渣、腐肉、骨头等。这些垃圾主要来源于家庭厨房,以及食堂、餐厅、菜市场等其他食品加工单位。


 

KITAR SEMULA PLASTIK 塑料回收

什么是塑料?
塑料是一种聚合物,是一种很难自然分解和分解的材料。
我们有责任确保回收所有塑料垃圾,尤其是来自日常家居用品的塑料垃圾。
这是因为在我们居住的地方扔掉的塑料垃圾不仅会污染我们的公园或城市,事实上,当这些垃圾破碎成小块或被称为微塑料时,会被雨水带入排水系统并流入河流和甚至入海。


塑料是如何回收利用的?
在物理/机械或化学的回收过程中可以使用各种方法和技术。物理回收可以按如下方式进行:
i – 混合:塑料被熔化并重新混合以制造新材料,例如饮料瓶。
ii – 熔化、拉伸和编织:用塑料生产柔软耐用的织物。
iii – 挤压:生产复合材料等。
iv – 注塑成型:通过特定模具生产新材料。

通常在回收之前,塑料垃圾会被收集起来,并根据材料成分和颜色进行分类。接下来,清洗塑料垃圾以去除所有杂质。已清洁的塑料将被压碎,以方便处理其他存在的材料,例如金属和其他材料。接下来,将根据密度、厚度、熔点或颜色来识别和分离塑料。之后仅进行化学或物理回收过程。

回收哪些类型的塑料?
我们日常生活中使用的大部分塑料都可以回收利用。
 
PET:聚对苯二甲酸乙二醇酯是一种热塑性塑料,广泛用于生产饮料瓶和服装。
PVC:聚氯乙烯也是一种热塑性塑料,广泛用于生产电线、管道、瓶子等。
HDPE:高密度聚乙烯,一种比 PVC 更柔软、更灵活的热塑性塑料。用于制造管道和加仑。
 LDPE:低密度聚乙烯,是制造塑料袋的基本材料。可以回收但相当困难。
PS和PP:Polystyrene和Polypropylene都被用作食品用具,PP更耐用,作为盒子、家具、罐盖也可以回收,但难度很大。


KITAR SEMULA PLASTIK

Apa itu plastik?
Plastik adalah sejenis polimer iaitu sejenis bahan yang sangat sukar untuk hancur dan terurai secara semulajadi. 
Ia adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan segala sisa plastik, terutamanya daripada barangan seharian di rumah untuk dikitar semula. 
Ini kerana sisa plastik yang dibuang di sekitar tempat tinggal kita bukan hanya akan mencemarkan taman atau bandar kita,  malahan sisa-sisa tersebut apabila pecah menjadi serpihan kecil atau dikenali sebagai mikroplastik akan dibawa oleh hujan memasuki sistem saliran dan mengalir ke sungai – sungai sehingga ke laut. 

Bagaimana plastik dikitar semula?
Pelbagai kaedah dan teknik boleh dilakukan dalam proses kitar semula iaitu  secara fizikal/mekanikal atau secara kimia. Secara fizikal kitar semula boleh dilakukan seperti berikut:
i – Pengadunan: Plastik dileburkan dan diadun semula untuk menghasilkan bahan baharu seperti botol minuman.
ii – Peleburan, peregangan dan penenunan: Penghasilan fabrik yang lembut dan tahan lama daripada  plastik.
iii – Pengekstrudan: Menghasilkan komposit dan lain-lain.
iv – Pengacuanan suntikan: Menghasilkan bahan baru melalui acuan yang tertentu.

Selalunya sebelum dikitar semula, sisa plastik akan dikumpul, dipilih mengikut kategori berdasarkan kandungan bahan dan juga warna. Seterusnya sisa plastik itu dibasuh untuk membuang segala kekotoran yang ada. Plastik yang telah bersih akan dihancurkan untuk memudahkan pembuangan bahan lain yang hadir seperti logam dan lain-lain. Seterusnya plastik akan dikenalpasti dan dipisahkan berdasarkan ketumpatan, ketebalan, tahap lebur, atau warna. Setelah itu barulah proses kitar semula secara kimia atau fizikal akan dilakukan.

Apakah jenis-jenis plastik yang dikitar semula?
Kebanyakan plastik yang digunakan dalam kehidupan harian kita boleh dikitar semula.
 
PET: Polietilena tereftalat ialah sejenis termoplastik yang banyak dijumpai dalam penghasilan botol minuman dan pakaian.
PVC: Polivil klorida juga termoplastik yang banyak digunakan di dalam penghasilan wayar, paip, botol dan lain-lain.
HDPE: Polietilena berketumpatan tinggi, termoplastik yang lebih lembut dan fleksibel berbanding PVC. Digunakan dalam pembuatan paip dan gelen.
 LDPE: Polietilena berketumpatan rendah, bahan asas dalam pembuatan beg plastik. Boleh dikitar semula namun agak sukar.
PS dan PP: Polistirena dan Polipropilena masing – masing digunakan sebagai peralatan makanan dan PP yang lebih tahan lasak sebagai kotak, perabut, penutup balang juga boleh dikitar semula namun agak sukar.


 

Malaysian Traditional Musical Instruments 3R

Malaysian Traditional Musical Instruments 3R  3R马来西亚民族传统乐器 环保模型制作比赛 Gamelan 3R 28/8/2024